Tutup Kedai

Assalamualaikum! Hari ni dah 28 Ramadhan. Tinggal sehari atau dua hari saja lagi maka berlalulah Ramadhan. Mudah-mudahan segala amal ibadat kita sepanjang bulan ini diterima Allah seterusnya menjadikan kita orang yang bertaqwa. Entahkan jumpa entahkan tidak jumpa lagi kita pada tahun depan.

Alhamdulillah! Semua biskut dan kuih raya yang ditempah telah selamat dihantar pada hari semalam. Tugas mama sekarang ialah mengemas kain baju pulak untuk pulang ke kampung. Tahun ni mama beraya di Kelantan dulu, kemudian ke Perak pulak.

Di sini mama ingin mengambil kesempatanlah sikit dengan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang telah membeli biskut dan kuih raya mama. Kalau sedap alhamdulillah... kalau tak sedap harap maaflah... insyaallah mama akan cuba perbaiki pada tahun hadapan.

Kepada yang tidak beli biskut dan kek pun mama ucapkan selamat hari raya jugak. Khasnya Puan Sabariah Mansor. Dengan harapan tahun bolehlah cuba...

Dengan kesempat ini juga mama umumkan bahawa mama tutup kedai selama seminggu. Insyaallah jumpa lagi selepas raya. Mama akan perkenalkan biskut dan kek yang lain pula...

0 comments:

Post a Comment