Ramadhan dah tiba

Bismillahi rahmani rahim.

Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah. Selamat berpuasa mama ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini dapat menambahkan ketakwaan kita kepada Allah yang menjadikan kita.

Walaupun sibuk kita dengan urusan-urusan duniawi, jangan pulak kita leka dengannya. Uruskan sebaik mungkin kerana setiap kerja buat kita itu juga adalah ibadah.

Oh ya! Terima kasih mama ucapkan kepada sabariah mansor kerana memberi perhatian kepada blog mama. Buat pengetahuan sabariah dan pengunjung-pengunjung yang lain harga kuih mama dibuat berdasarkan bilangan kuih dalam satu balang.

Harga yang tertera di gambar yang dipamerkan itu ialah untuk satu balang sebanyak 50 ketul.

Murah kan, berbanding dengan harga pasaran lain.

Penghantaran akan dibuat secara percuma sekiranya tempahan dibuat dari sekitar Kajang, Semenyih atau Bandar Baru Bangi. Putrajaya pun boleh masuk sekalilah!

Kalau tempahan diluar kawasan tersebut, kita boleh rundingkan. Mungkin percuma sekiranya tempahan tersebut banyak dan ramai yang menenpah dari kawasan tersebut.

Terima kasih dan salam Ramadhan.

2 comments:

hilman said...
August 23, 2009 at 8:07 PM

ingatkan dekat kelate....huhuhuhu

mama hasnah said...
August 24, 2009 at 4:47 PM

Salam hilman,
Terima kasih kerana ziarah blog mama. Kelate belum ada dalam perkhidmatan la hilman.

Post a Comment