petua

Lama tak jengok kedai. Nak buka pun tak de benda nak dijual. Takpelah... Buat pengubat mereka yang dok intai-intai blog mama, mama perturunkan satu petua untuk dikongsi bersama. Petua ni mama petik dari satu e-mel yang sampai kat mama.

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
Oleh: Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Wallahuaklam.

Tutup Kedai

Assalamualaikum! Hari ni dah 28 Ramadhan. Tinggal sehari atau dua hari saja lagi maka berlalulah Ramadhan. Mudah-mudahan segala amal ibadat kita sepanjang bulan ini diterima Allah seterusnya menjadikan kita orang yang bertaqwa. Entahkan jumpa entahkan tidak jumpa lagi kita pada tahun depan.

Alhamdulillah! Semua biskut dan kuih raya yang ditempah telah selamat dihantar pada hari semalam. Tugas mama sekarang ialah mengemas kain baju pulak untuk pulang ke kampung. Tahun ni mama beraya di Kelantan dulu, kemudian ke Perak pulak.

Di sini mama ingin mengambil kesempatanlah sikit dengan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang telah membeli biskut dan kuih raya mama. Kalau sedap alhamdulillah... kalau tak sedap harap maaflah... insyaallah mama akan cuba perbaiki pada tahun hadapan.

Kepada yang tidak beli biskut dan kek pun mama ucapkan selamat hari raya jugak. Khasnya Puan Sabariah Mansor. Dengan harapan tahun bolehlah cuba...

Dengan kesempat ini juga mama umumkan bahawa mama tutup kedai selama seminggu. Insyaallah jumpa lagi selepas raya. Mama akan perkenalkan biskut dan kek yang lain pula...

Tempahan akhir

Assalamualaikum semua.

Mula-mula sekali mama nak ucapkan terima kasih la kepada mereka yang telah menempah biskut dan kek raya mama. Beraya sakan mereka nanti. Kalau dah habis makan sebelum raya bolehlah tempah lagi. Masa masih ada lagi ni... Kepada mereka yang masih belum menerima tempahan, tunggulah masa yang telah ditetapkan ya...

Di sini mama ingin membuat sedikit pengumuman tentang tarikh. Bukan! Bukan pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri. Tarikh akhir tempahan kuih haa... Maklumlah kalau dah dekat nanti tak terkejar pulak mama nak menyiapkannya.

Tarikh akhirnya ialah pada hari Rabu - 2hb. September, 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430H.

Sekian. Jumpa lagi dan selamat berpuasa.

Terbaru! Pyramid Roll




Terdapat dalam 3 citarasa yang lazat.

Strawberry / Kiwi / Blueberry

Harga cuma RM25.00 setiap satu! (Saiz panjang: 12 inci)

Ramadhan dah tiba

Bismillahi rahmani rahim.

Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah. Selamat berpuasa mama ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini dapat menambahkan ketakwaan kita kepada Allah yang menjadikan kita.

Walaupun sibuk kita dengan urusan-urusan duniawi, jangan pulak kita leka dengannya. Uruskan sebaik mungkin kerana setiap kerja buat kita itu juga adalah ibadah.

Oh ya! Terima kasih mama ucapkan kepada sabariah mansor kerana memberi perhatian kepada blog mama. Buat pengetahuan sabariah dan pengunjung-pengunjung yang lain harga kuih mama dibuat berdasarkan bilangan kuih dalam satu balang.

Harga yang tertera di gambar yang dipamerkan itu ialah untuk satu balang sebanyak 50 ketul.

Murah kan, berbanding dengan harga pasaran lain.

Penghantaran akan dibuat secara percuma sekiranya tempahan dibuat dari sekitar Kajang, Semenyih atau Bandar Baru Bangi. Putrajaya pun boleh masuk sekalilah!

Kalau tempahan diluar kawasan tersebut, kita boleh rundingkan. Mungkin percuma sekiranya tempahan tersebut banyak dan ramai yang menenpah dari kawasan tersebut.

Terima kasih dan salam Ramadhan.

Bismillahi rahmani rahim

Selamat berpuasa mama ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Untuk pertama kalinya mama membuka blog khas untuk mempromosi Biskut Raya Citarasa Terkini sebagai juadah hari raya pada tahun ini.

Beberapa jenis biskut dan kek telah mama bekalkan kepada anda seperti:

  • Chocolate Sweet Heart
  • Almond Drop
  • Bubble Fruit Cornflake
  • Almond Cornflake
  • Chololate Hazel
  • Cornflake croquant
  • London Almond
  • Mama Carries
  • Nestum Crunchie
  • Walnut Choc Chip
  • Chocolate Brownies
  • Honey Cornflake
  • Kek Pyramid Roll.
Gambar dan harga ada di pamerkan di ruangan sebelah.
Pilihlah yang mana berkenan di hati. InsyaAllah semuanya lazat dan sedap! Harga pun berpatutan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila telefon mama di talian:

019-385 3839 / 017-253 0483 / 03-87247016

atau e-mail: mamahasnah@yahoo.com